Monday, 10 July 2017

INSURANS


adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
 
           
 
           
 
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
 
MANFAAT INSURANS


Umpama pepatah Sediakan Payung Sebelum Hujan, itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, Malang Tidak Berbau, sudah pasti kita kita akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.
Ada sesetengah  termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin mengambil kesempatan atas pendapatan mereka. Sebenarnya tugas seorang Perunding Insurans adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan, itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.
Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans bukan untuk menjadi kaya tetapi untuk mengelakkan kita menjadi miskin.
Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah untuk menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.
  1. PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
  2. Ambil insurans ketika masih muda dan sihat, boleh dapat pulangan tinggi apabila tempoh matang insurans.
  3. Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
  4. Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.
  5. Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
  6. Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Secara peribadi, bagaimana anda melihat kepentingan memiliki insurans?
Selama enam tahun saya berkecimpung dalam dunia insurans, terus terang saya katakan kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah. Boleh saya katakan 90 peratus daripada populasi Bumiputera di Malaysia masih belum dilindungi insurans. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.
Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam sedangkan pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam ditawarkan sekarang.
Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.
Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?
Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?
Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.
Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.
Seperti di Prudential sendiri ada banyak pakej yang ditawarkan seperti insurans perniagaan,amanah saham, skim takaful, perlindungan kesihatan, simpanan pendidikan, simpanan hari tua dan sebagainya.
Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan,kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.
Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.
Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?
Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.
Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.
Pada pandangan anda, bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.
Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?
Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk lelaki.
Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki insurans, lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans.
Bagaimana seorang lelaki sebagai ketua keluarga berusaha melindungi keluarganya dengan insurans?
Dia masih boleh memiliki insurans menerusi pelan insurans berkelompok di mana setiap daripada ahli keluarganya dilindungi. Tetapi pelan ini tidak merangkumi perlindungan perubatan seperti insurans peribadi.

KEPENTINGAN INSURANS


1. Untuk melindungi pendapatan keluarga

Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya

Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak

Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka.
Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan

Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.


5. Suatu pelan perubatan/kesihatan

Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri

Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang

Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga

Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans
hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh

Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan
yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli
insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen

JENIS JENIS INSURANS


Kita sering mendengar pelbagai jenis polisi insurans yang ditawarkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Terdapat 2 jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am, dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan di dalam hidup anda.


           Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah


         Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.

Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah:

  •                 Kematian dalam tempoh polisi
  •                 Pendapatan semasa persaraan
  •                 Penyakit
  •                 Hilang upaya
Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am adalah:

  1. Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
  2. Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
  3. Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan

Life Protection