JENIS JENIS INSURANS
Kita sering mendengar pelbagai jenis polisi insurans yang ditawarkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Terdapat 2 jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am, dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan di dalam hidup anda.
Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah
Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.
Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah:
- Kematian dalam tempoh polisi
- Pendapatan semasa persaraan
- Penyakit
- Hilang upaya
Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.
Risiko yang dilindungi insurans am adalah:
- Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
- Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
- Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
No comments:
Post a Comment